Monday, March 7, 2011

LAGU SEKOLAH

SK Seri Perpat,

Kau mendidik kami,

Dengan penuh ikhlas,

Serta dedikasi.


SK Seri Perpat,

Kami ’kan usaha,

Capai cita murni,

Sehingga berjaya.


Jasamu dikenang,

Namamu dijulang,

Didikan cemerlang,

Menjadi sanjungan.


Kami ’kan berjanji,

Setia berbakti,

Pada nusa bangsa,

Dan juga negara.


Penulis : Puan Dg Halimah binti Sulaiman

Pencipta : Puan Dg Halimah binti Sulaiman

Saturday, July 31, 2010

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula dibuka pada 09.12.1951 dengan sebuah bangunan kayu, berdindingkan papan dan beratapkan rumbia. Bangunan tersebut berukuran 16 x 60 kaki. Ianya dibina atas daya usaha Allahyarham Dato’ Orang Kaya Haji Mohd Paiman Bin Haji Ibrahim (Penghulu Mukim XI) bersama penduduk kampung. Ia dibina secara bergotong-royong. Lokasi sekolah ialah halaman Masjid Jamek Kg. Perpat Darat.

Ketika itu bilangan muridnya seramai 83 orang dan 3 orang guru. Sekolah ini memberi pendidikan kepada anak-anak penduduk Kg. Parit Perpat, Kg. Lapis Perpat, Kg. Lapis Abd. Rahman, Kg.Sri Bahrom dan Kg. Punggor Tengah. Setelah dua tahun kemudian, muridnya bertambah dan sebahagian daripada mereka menumpang belajar di Masjid Jamek Kg.Parit Perpat.

Oleh kerana bilangan murid telah bertambah seramai 110 orang, pada tahun 1956 sebuah bangunan baru telah dibina di atas tapak yang telah diwakafkan oleh Allahyarham Dato’ Orang Kaya Haji Mohd. Paiman bin Haji Ibrahim. Tapak tersebut seluas 2 ekar 2 rod. Sebuah bangunan kayu dan beratapkan zink telah dibina secara bergotong-royong. Bangunan tersebut berukuran 20 x 120 kaki.

Thursday, July 29, 2010